What A Wonder'fool' World

pian's personal blog...

Monday, January 16, 2006

Kantoi

Mamat ni amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah.
Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat nipun tak kalah lah kacaknya.
Ngurat-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis
yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon
depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala.
Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi.

Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal
dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun
lewat jugak lah masuk tidurnya. Agak terganggulah jugak kemanisan malam pertamanya tu.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, Pak Haji Dollah menggejutkan semua isi ruma huntuk solat subuh.

Semua isi rumah pun bangun dan siMamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun,maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah. Dia dok asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid.

Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam.Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,

"Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas SiMamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat ke?rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya.Rupanya si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh. Dia tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat.


thanks to [ Mahakarya dot komâ„¢ ]

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home