What A Wonder'fool' World

pian's personal blog...

Monday, January 16, 2006

guna jari pon bole

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak.Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Beliau mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya.Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara.

Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je.

Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.

Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian... makin egolah raja sorang ni.

Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk.Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya "Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"

maka dengan selambanya budak tu berkata "Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya.

Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu. "Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala.Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.

Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata, "cubalah kalau boleh".

Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.

Raja berasa pelik lalu bertanya! "Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?"

Dengan selambanya budak tu jawab "Nak kena jentik lagi...??"

thanks to [ Mahakarya dot kom™ ]

pancit

Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas...

Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari dari kerja (shift malam).Tayar
motor pancit pulak tu. Jadi kena lah sorong motor. Rumah jauh jugak lagi.
Sampai kat satu simpang, Dol dan Man pun ambik le short-cut.Nak cepat sampai sebab dah ngantuk sangat.

Tapi shortcut tu lalu kat kubur cina. Seram jugak dua orang tu tapi buat-buat
berani sambil buat-buat lawak... tak nak tunjuk takut le tu. Tiba-tiba dengar
macam bunyi orang buat mengetuk batu. Bulu roma Dol dan Man dah tegak...

Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu kat satu kubur.Rupa-rupanya sorang apek sedang memahat batu kubur.

"Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam... bikin orang suspen saja... esok siang buat laa...", kata si Dol (marah-marah).

"Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis...",kata apek tu...



thanks to [ Mahakarya dot kom™ ]

Kantoi

Mamat ni amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah.
Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat nipun tak kalah lah kacaknya.
Ngurat-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis
yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon
depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala.
Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi.

Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal
dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun
lewat jugak lah masuk tidurnya. Agak terganggulah jugak kemanisan malam pertamanya tu.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, Pak Haji Dollah menggejutkan semua isi ruma huntuk solat subuh.

Semua isi rumah pun bangun dan siMamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun,maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah. Dia dok asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid.

Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam.Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,

"Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas SiMamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat ke?rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya.Rupanya si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh. Dia tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat.


thanks to [ Mahakarya dot kom™ ]